Saturday, 22 December 2012

Never give up

Ketika burung hidup, semut adalah makanannya. Tapi apabila burung mati, semut memakannya pula.

Sebatang pokok boleh dijadikan berjuta mancis. Tapi hanya sebatang mancis untuk membakar berjuta pokok.

Keadaan boleh berubah dalam sekelip mata... jangan sesekali menyusahkan atau melukakan seseorang di hidup ini.

Kamu mungkin berkuasa hari ini tapi masa adalah lebih berkuasa daripada kamu.

Nukilan untuk apa yang berlaku hari ini. Kekalkan semangat semua dan jangan sesekali henti kemaraan dan berputus asa.

Senyum.

Wednesday, 5 December 2012

PadaMu ku bersujud

Assalamualikumwarahmatuallhiwabarokatuh.

Everyone of us had made mistake right? Begitu juga dengan aku. Dalam melayari kehidupan duniawi yang fana ini, kita tak terlepas dalam melakukan dosa. Kadang-kadang, kita rasa hidup ini tidak adil bagi kita. When kita compare our life with our friends, hati kita mesti kata " y I'm different like others?". Kadang-kadang kita rebah dalam perjuangan. Kadang-kadang kita mudah berputus asa untuk berjuang. Kadang-kadang kita bersa sedih, hampa, kecewa terhadap perkara yang berlaku kepada kita.

Tapi, Allah itu maha penyayang. Dia takkan tinggalkan kita sesaat pun. cuma kita sahaja yang selalu lupakan Dia. Am I right? Diwaktu kita rebah, barulah kita mengingati Dia. Tapi Allah tetap mengasihi kita.. selalu mendengar rintihan kita walaupun telah banyak dosa yang kita lakukan.. Allahuakhbar :'(.. Betapa kerdilnya kita ni. Ampunilah kami Ya Allah :'(

........................................................................................................

apabila kita melihat org yg terlalu baik, kdg2 kita akn berputus asa dgn kisah silam kita yg mungkin tidak sebaik 'dia'~ tp yakinlah bahawa, kalau mereka tidak mnerima kita, kita masih ada ALLAH, dan apabila kita ada ALLAH, kita sudah punya SEGALANYA..

kita mgkin ada masa silam yg gelap, tapi tak bermakna kita tak ada masa dpn yg cerah.

...........................................................................................................

Kita MINTA MAAF .. Kita ULANG BALIK kesalahan kita.. dan kita minta maaf lagi, Lama-lama orang SAKIT HATI dengan kita..

Tapi bila dengan ALLAH .. Kita buat salah dan kita BERTAUBAT.. kita ulang-ulang buat kesalahan, ALLAH masih TERIMA taubat kita..

Betapa ALLAH SAYANG kita, kita yg selalu TERLUPA akan hakikat tersebut.. KASIH SAYANG Allah melebihi MURKANYA..moga kita diberi PELUANG Kembali kepadaNYA Dalam keadaan DIA Redhakan..InsyaAllah :')

.................................................................................................

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

* esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Tuesday, 4 December 2012

Durian Oh Durian~

Assalamualaikum~

Dikala petang menjengah ke senja, aku mendapat panggilan dari kawan. owh si Mira call aku." Hello, zaki, turun sekarang kat tekun, moh makan durian!!". Lantas aku menjawab, " oke, aku turun sekarang"..

Haha. Alkisahnya bermula dengan seorang member aku, si Adek. Dia tweet nak buat kuah durian. So, tanpa segan silu, -malu tapi mahu-, aku mintak la dia sikit. HAHA. xsangka pulak dia betul2 nak kasik durian n kuah durian nih.

Turun la aku ke Tekun, gagah untuk melantak durian bersama rakan yang lain. Si joreng-cik shud HAHA dan ekin pun ada sekali. Huhu.~

Xde apa yang kami bualkan . cuma pasal aku kne tindih dengan hantu dan pasal kehidupan berumah tangga. HAHA, kelakar je bunyikan?

Diorang siap beli roti and air sekali. Thanks taw korg! 

..............................................................................................

Dah lama tak lepak dengan diorang. Semuanya busy dengan assgmnt, program, ko-k bagai. Hoho. Walaupun xselalu jumpa, semoga ukhwah ini terjalin sampai bila-bila. Sayang korang!

Tengah melantak durian kome.HAHA

Udah x menyabor! HAHA

::Special wish to Roazfazreen Ibn Azlan--------> thanks very much! next time durian crepe oke ;-) ::

Monday, 3 December 2012

Hantu Tindih.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum~

Jam menunjukkan pukul 2.25pagi. Tapi mata masih xboleh tidoq.Oke, pagi2 buta ni aku nak cite sikit tentang hantu tindih.Sejak dua menjak ni, aku sering dikacau atau "ditindih" ditempat tidur aku. Bukan aku sahaja, kawan aku yang tidur dikatil aku pun menghadapi perkara yang sama. Apa yang menakutkan, dalam keadaan aku yang separuh sedar , aku nampak bayangan di hadapan aku. takutnya teramat la sangat. time tu aku tengah mamai lagi kowt.Semasa kita ditindih, kita x boleh bergerak. Macam lumpuh satu badan. Aku try untuk baca zikir or baca ayat al quran, tapi KAKU. hanya hati aku sahaja mampu membca ayat-ayat quran. time tu aku SEDAR!. 

Kawan aku si Ammar(bukan nama sebenar) ada tidur kat atas katil aku sekejap. Dia cite kat aku, dia kena "tindih" dan dia ternampak benda yang menakutkan di hadapan dia.Time dia cite kat aku, hatiku berkata "katil aku ni tempat berhantu"...menggigil satu badan. takot kowt! aku ingat, aku sorg jek yang kena. Tapi time aku ditindih, aku Ingat lagi benda tu masuk dalam selimut aku, and perut aku jadi menggelembung. Aku try panggil romate aku yang masih berjaga, tapi aku x berdaya! TAKUT ...SERIUS!

Cara yang terbaik, baca la ayat kursi,zikir sebelum tidur! itu nasihat kawan-kawan aku. Paling malas, baca lah zikir LAILLAHAILLALLAH! Semoga kita dilindungi dari gangguan Jin dan syaitan.

TAKUT WEII. MACAM NI LA AKU .

::Aku nak share story sikit pasal hantu tindih ini. aku copy and paste jek dari internet. so, korg baca la ea?...:-)::
............................................................................................

.
Fenomena mengenai gangguan tindihan ini berbeza mengikut fahaman dan budaya masing-masing.Orang melayu menggangap ia adalah gangguan daripada jin atau hantu yang menindih seseorang ketika tidur.Ia terjadi hanya beberapa saat sehingga seseorang itu terasa sesak nafas dan tidak berupaya untuk bergerak.Di Amerika,gangguan tidur ini disebut sebagai 'The Devil Riding Your Back' atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.Masyarakat Cina pula menyebutnya sebagai 'Gui Ya Shen' atau hantu yang menekan tubuh.Penduduk di Mexico pula,mempercayai fenomena ini ada kaitan dengan roh orang meninggal dunia yang menempel pada seseorang.

Di Thailand pula ia disebut sebagai 'Pee Umm',iaitu seseorang yang tidur dan bermimpi makhluk halus menahan tubuh seseorang supaya tinggal di alam mereka.Manakala masyarakat di Ireland menggangap ia disebabkan oleh hantu yang duduk di atas dada seseorang dan berusaha membuatkan seseorang itu sesak nafas dan mati lemas.Bagi kepercayaan penduduk di Malta pula,gangguan ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela iaitu isteri kepada Hares,seorang dewa bangsa Malta.Haddiela akan menghantui seseorang dengan cara merasuk.Bagi menghindari serangan ini,seseorang itu hendaklah meletakkan sesuatu benda yang diperbuat daripada perak atau sebilah pisau yang diletakkan dibawah bantal ketika tidur.Persoalannya,kenapa semua bangsa di dunia ini mengaitkan kejadian 'ditindih' ini dengan makhluk halus ? Tiada penjelasankah dari sudut sains ? Sebenarnya fenomena 'kena tindih' ini mempunyai istilah perubatan yang disebut 'Sleep Paralysis' ataupun keadaan lumpuh seketika sewaktu tidur.Ia merupakan salah satu simptom sleep disorder,seseorang yang mengalami sleep paralysis akan merasa sesak nafas,sukar untuk bergerak dan sukar untuk mengeluarkan suara.

Sleep paralysis boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,sama ada lelaki mahupun perempuan.Boleh juga dikatakan semua orang pernah mengalami dan merasainya,setidak-tidaknya sekali atau dua kali dalam seumur hidup.Selalunya ia terjadi ketika berada di usia 14 hingga 17 tahun.Fenomena ini terjadi adalah kerana adanya multi fungsi Rapid Eye Movement (REM).Ketika melalui REM ini,seseorang itu akan mengalami mimpi.Mimpi akan membuai seseorang untuk lena dengan nyenyak.
Kemudian berlaku keadaan otak mendadak terbangun daripada tahap REM kepada sedar menyebabkan berlaku sentakan.Ini kerana,tubuh masih lagi dalam keadaan tidur,waktu inilah yang disebut sleep paralysis.Keadaan sebegini boleh dilalui oleh mereka yang tidur dalam keadaan terlalu letih.Sewaktu sleep paralysis ini berlaku,kita akan berasa sangat sedar tapi tubuh tidak mampu digerakkan kerana tidak mendapat arahan dari gelombang otak.

'Kena tindih' ini berlaku dalam dua peringkat.Iaitu ketika baru hendak tidur yang dikenali sebagai 'hypnopompic' dan ketika baru terjaga daripada tidur yang dikenali sebagai 'hypnogogic'.Kebiasaanya ia berlaku ketika tidur tahap pertama yang mana seseorang itu masih aktif dan boleh mengigati mimpi.
Kadangkala fenomena ini berlaku disusuli dengan halusinasi sama ada dalam bentuk audio bunyi-bunyian yang pelik atau visual seperti melihat bayangan hitam dan lembaga di sekitar tempat tidur.Selain itu,mereka yang mengalami kejadian ini juga mampu merasa sentuhan seperti ditindih.

Antara faktor yang menyebabkan kejadian ini terjadi ialah terlalu lama tidur di posisi terlentang,jadual tidur yang tidak menentu ,tidak cukup tidur,stress,penukaran gaya hidup secara tiba-tiba dan penyakit Narcolepsy.
Seseorang yang mangalami masalah tidur amat mudah mengalami sleep paralysis.Bagaimanapun,jika dilihat daripada sudut perubatan islam,fenomena ini masih dianggap sebagai gangguan makhluk halus seperti jin.
Ada beberapa kes yang dilaporkan makhluk halus ini bukan saja mengganggu dengan cara menindih atau menghempap,tetapi mampu mengasari manusia seperti sesetengah perempuan 'dirogol' oleh makhluk halus tersebut.Kadang-kala perkara ini terjadi disebabkan oleh manusia itu sendiri yang menumpang tidur ditempat makluk tersebut.Ini bererti,manusia dulu yang menindih makluk itu sebelum makhluk tersebut menindih manusia ketika tidur.Apapun,amalan tidur mengikut ajaran islam akan menjauhkan seseorang itu daripada berdepan dengan masalah 'ditindih' ketika tidur.

::Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI::

Sabarlah duhai hati..

Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan.

Tapi
Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?

Sunday, 2 December 2012

Rahmatilah Aku..

Aku bimbang Ya Rabb, jikaku mengaku akan manisnya zikir, walhal aku masih cintakan dunia.. Bimbang bila aku mengaku ikhlas beramal, walhal aku masih suka penghormatan manusia padaku.. Bimbang bila aku mengaku cintaMu Ya Khalik, walhal aku masih memperturutkan nafsuku.. :'(

Ya Rahman ya Rahim..jgn sesekali kau serahkan diriku pada diriku sendiri, lindungi aku. ♥

Saturday, 1 December 2012

Ilmu itu cahaya, jahil itu Bahaya

semua dijemput hadir :)

Sahabat Sejati :')

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

::indahnya persahabatn kerana Allah::

Semoga Ukhwah ini terjalin sampai bila-bila..

Walau apa pun terjadi, kami tetap bersama!

Semoga ia kekal abadi..KUSISDARI di hati :')

St John <3
ukhwah fillah abdan abadaaaa~

Friday, 30 November 2012

Ampunkan Aku Ya Allah :')

Dalam kehidupan ini, semua manusia mempunyai masalah yang tersendiri. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Kadang-kadang rasa berat nak menerima ujian dari Allah s.w.t. Tetapi percayalah kesabaran itu natijahnya cukup membahagiakan. 

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157: “(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilahi rajiun” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhan-Nya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Begitu juga dengan diri aku. Pelbagai masalah yang aku hadapi dalam meneruskan perjuangan sebagai mahasiswa usm. Kadang-kadang, aku begitu alpa dengan duniawi.

........................................................................................................................................................

Satu hari, aku menangis. Aku rasa diri aku tidak pandai menguruskan masa. Aku selalu submit assignment last minute..bila ada presentation, I feel so bad. STRESS sangat2 sehinggakan aku minta pandangan seorang hamba Allah. Apabila aku menceritakan masalah aku pada dia, dia suruh aku beristigfar sebanyak 50 kali. Aku istigfar..tapa aku sedari, air mata aku mengalir. Hamba Allah menanyakan soalan kepadaku, dan dia suruh aku menjawabnya dalam hati. Soalan dia kepada diriku 

  • Solat zaki jaga x?
  • zikir x hari-hari?
  • Baca quran x hari2?
  • ada tak berselisih pendapat dengan sape2?
Luluhnya hati aku... betapa kerdilnya aku. Aku terlalu leka dengan dunia. Astagfirullah..

Nasihat hamba Allah kepadaku yang masih segar dalam ingatan ..

 "Buktikan kepada Allah zaki, Allah cipta zaki..balaslah CINTA ALLAH wahai zaki.. Dalam hidup ini , kita banyak kekurangan , tapi , jangan kita meratapi kekurangan itu.."

.........................................................................................................................................

Di akhir perbualan kami, Hamba Allah mengupload Doa Taubat kepada ku..

::Hamba Allah diatas merupakan seorang yang zuhud akhlaknya.Semoga Allah merahmati kehidupannya. Indahnya persahabatan kerana Allah ::

Indahnya persahabatan kerana Allah :')

Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya. Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita. Lafaskan doa anda untuk sahabat kita.

 Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita. Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu. Ini sangat indah… Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu. Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya.Ini sungguh luar biasa.Inilah sebuah ketulusan yang nyata.Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
                                                  ::  Indahnya persahabatan kerana Allah::

Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat tanpa diketahui oleh sahabat tersebut. Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.:)

Monday, 10 September 2012

Sireh pulang ke ganggang (⌣́_⌣̀)

Setelah 2 bulan cuti di kampung, akhirnya aku terpaksa balik ke USM semula untuk menyanbung pelajaran untuk tahun ke dua. Pejam celik, dah jadi senior. 9/9/2011, ticket from T.Intan-Butterwort sudah dibeli seminggu yang lepas. Takut kehabisan tiket:). Aku bertolak dr rumah dr pukul 8 bersama akak aku. Perjalanan ke penang yang agak memenatkan membuatkan aku rase letih dan berasa lapar. HUHU. Sampai jek penang, trus menaiki Jeti bersama kawan aku, si Yusof. Dalam jeti, xdak tempat duduk, coz terlalu full. Maybe ramai sangat yang balik U, kolej, etc:'). Miss pemandangan laut kat Penang. HAHA. After sampi diseberang, aku n yusop plan nak naik teksi coz beg kami terlalu heavy n banyak. Deal punya deal, Rm25:). Okla tuh,kan kan kan? berbanding Rapid Penang, Rm2.00 je =='' Sampai Je USM, terus ambk kunci bilik n kemas barang:). Pemandangan bilik aku dr bilik its quite nice compare yang dulu. HUHU

Sunday, 29 July 2012

Aku Pelajar USM

Everyone of us nak masuk U right? Begitu juga dengan aku. Aku pilih USM ni coz U ny merupakan U no satu di malaysia n well known as APEX Universiti. hanya pelajar yang terpilih je yang boleh masuk U ny. I am proud with myself. HEHEHE. After abz fom 6, I got result yang excellent jugak la. Aku ditawarkan dalam kos sastera dengan pendidikan majoring in geografi.HHUHU. Actually, aku tak berapa minat sangat dengan geografi ny.. Tapi tak tahu la kenapa aku dapat major geo ny. kikikiki~ Kat Sekolah aku,3 owg member aku berjaya dapat sama kos aku. Tapi yang berjaya masuk USM seramai 7 OWG..Tahun kiteowg paling ramai yang masuk USM coz result tahun kiteowg gempak2 belaka.:) Kat USM, kehidpn yang berbeza dengan kehidupan Form6. Semuanya must be independent. HUHU. Mula2 susah jugak la..Tapi lama kelamaan, semua akan berjalan lancar.. :: 2je kowt, ada masa, aku cite lagi kehidupan aku kat USM ny:)
Gambar Time Fom6
Gambar kat U