Monday, 3 December 2012

Hantu Tindih.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum~

Jam menunjukkan pukul 2.25pagi. Tapi mata masih xboleh tidoq.Oke, pagi2 buta ni aku nak cite sikit tentang hantu tindih.Sejak dua menjak ni, aku sering dikacau atau "ditindih" ditempat tidur aku. Bukan aku sahaja, kawan aku yang tidur dikatil aku pun menghadapi perkara yang sama. Apa yang menakutkan, dalam keadaan aku yang separuh sedar , aku nampak bayangan di hadapan aku. takutnya teramat la sangat. time tu aku tengah mamai lagi kowt.Semasa kita ditindih, kita x boleh bergerak. Macam lumpuh satu badan. Aku try untuk baca zikir or baca ayat al quran, tapi KAKU. hanya hati aku sahaja mampu membca ayat-ayat quran. time tu aku SEDAR!. 

Kawan aku si Ammar(bukan nama sebenar) ada tidur kat atas katil aku sekejap. Dia cite kat aku, dia kena "tindih" dan dia ternampak benda yang menakutkan di hadapan dia.Time dia cite kat aku, hatiku berkata "katil aku ni tempat berhantu"...menggigil satu badan. takot kowt! aku ingat, aku sorg jek yang kena. Tapi time aku ditindih, aku Ingat lagi benda tu masuk dalam selimut aku, and perut aku jadi menggelembung. Aku try panggil romate aku yang masih berjaga, tapi aku x berdaya! TAKUT ...SERIUS!

Cara yang terbaik, baca la ayat kursi,zikir sebelum tidur! itu nasihat kawan-kawan aku. Paling malas, baca lah zikir LAILLAHAILLALLAH! Semoga kita dilindungi dari gangguan Jin dan syaitan.

TAKUT WEII. MACAM NI LA AKU .

::Aku nak share story sikit pasal hantu tindih ini. aku copy and paste jek dari internet. so, korg baca la ea?...:-)::
............................................................................................

.
Fenomena mengenai gangguan tindihan ini berbeza mengikut fahaman dan budaya masing-masing.Orang melayu menggangap ia adalah gangguan daripada jin atau hantu yang menindih seseorang ketika tidur.Ia terjadi hanya beberapa saat sehingga seseorang itu terasa sesak nafas dan tidak berupaya untuk bergerak.Di Amerika,gangguan tidur ini disebut sebagai 'The Devil Riding Your Back' atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.Masyarakat Cina pula menyebutnya sebagai 'Gui Ya Shen' atau hantu yang menekan tubuh.Penduduk di Mexico pula,mempercayai fenomena ini ada kaitan dengan roh orang meninggal dunia yang menempel pada seseorang.

Di Thailand pula ia disebut sebagai 'Pee Umm',iaitu seseorang yang tidur dan bermimpi makhluk halus menahan tubuh seseorang supaya tinggal di alam mereka.Manakala masyarakat di Ireland menggangap ia disebabkan oleh hantu yang duduk di atas dada seseorang dan berusaha membuatkan seseorang itu sesak nafas dan mati lemas.Bagi kepercayaan penduduk di Malta pula,gangguan ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela iaitu isteri kepada Hares,seorang dewa bangsa Malta.Haddiela akan menghantui seseorang dengan cara merasuk.Bagi menghindari serangan ini,seseorang itu hendaklah meletakkan sesuatu benda yang diperbuat daripada perak atau sebilah pisau yang diletakkan dibawah bantal ketika tidur.Persoalannya,kenapa semua bangsa di dunia ini mengaitkan kejadian 'ditindih' ini dengan makhluk halus ? Tiada penjelasankah dari sudut sains ? Sebenarnya fenomena 'kena tindih' ini mempunyai istilah perubatan yang disebut 'Sleep Paralysis' ataupun keadaan lumpuh seketika sewaktu tidur.Ia merupakan salah satu simptom sleep disorder,seseorang yang mengalami sleep paralysis akan merasa sesak nafas,sukar untuk bergerak dan sukar untuk mengeluarkan suara.

Sleep paralysis boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,sama ada lelaki mahupun perempuan.Boleh juga dikatakan semua orang pernah mengalami dan merasainya,setidak-tidaknya sekali atau dua kali dalam seumur hidup.Selalunya ia terjadi ketika berada di usia 14 hingga 17 tahun.Fenomena ini terjadi adalah kerana adanya multi fungsi Rapid Eye Movement (REM).Ketika melalui REM ini,seseorang itu akan mengalami mimpi.Mimpi akan membuai seseorang untuk lena dengan nyenyak.
Kemudian berlaku keadaan otak mendadak terbangun daripada tahap REM kepada sedar menyebabkan berlaku sentakan.Ini kerana,tubuh masih lagi dalam keadaan tidur,waktu inilah yang disebut sleep paralysis.Keadaan sebegini boleh dilalui oleh mereka yang tidur dalam keadaan terlalu letih.Sewaktu sleep paralysis ini berlaku,kita akan berasa sangat sedar tapi tubuh tidak mampu digerakkan kerana tidak mendapat arahan dari gelombang otak.

'Kena tindih' ini berlaku dalam dua peringkat.Iaitu ketika baru hendak tidur yang dikenali sebagai 'hypnopompic' dan ketika baru terjaga daripada tidur yang dikenali sebagai 'hypnogogic'.Kebiasaanya ia berlaku ketika tidur tahap pertama yang mana seseorang itu masih aktif dan boleh mengigati mimpi.
Kadangkala fenomena ini berlaku disusuli dengan halusinasi sama ada dalam bentuk audio bunyi-bunyian yang pelik atau visual seperti melihat bayangan hitam dan lembaga di sekitar tempat tidur.Selain itu,mereka yang mengalami kejadian ini juga mampu merasa sentuhan seperti ditindih.

Antara faktor yang menyebabkan kejadian ini terjadi ialah terlalu lama tidur di posisi terlentang,jadual tidur yang tidak menentu ,tidak cukup tidur,stress,penukaran gaya hidup secara tiba-tiba dan penyakit Narcolepsy.
Seseorang yang mangalami masalah tidur amat mudah mengalami sleep paralysis.Bagaimanapun,jika dilihat daripada sudut perubatan islam,fenomena ini masih dianggap sebagai gangguan makhluk halus seperti jin.
Ada beberapa kes yang dilaporkan makhluk halus ini bukan saja mengganggu dengan cara menindih atau menghempap,tetapi mampu mengasari manusia seperti sesetengah perempuan 'dirogol' oleh makhluk halus tersebut.Kadang-kala perkara ini terjadi disebabkan oleh manusia itu sendiri yang menumpang tidur ditempat makluk tersebut.Ini bererti,manusia dulu yang menindih makluk itu sebelum makhluk tersebut menindih manusia ketika tidur.Apapun,amalan tidur mengikut ajaran islam akan menjauhkan seseorang itu daripada berdepan dengan masalah 'ditindih' ketika tidur.

::Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI::

No comments:

Post a Comment